Khamis, 11 Disember 2014

G6PD

Masalah utama dalam G6PD
Pesakit yang kurang glukosa-6-fosfat dehidrogenase akan mengalami ketidak upayaan menghasilkan glutation (co-faktor yang penting yang membantu meneutralkan radikal bebas dan perokside (H2O2).


Apa kaitannya dengan sel darah merah?
Ini bermakna bahawa apabila terdapat beberapa jenis tekanan oksida, sel-sel darah merah sukar untuk meneutralkan bahan oksida. "Oksida stress" disebabkan pelbagai faktor yang berbeza, seperti jangkitan (leukosit menghasilkan banyak radikal bebas), jenis dadah/ubat yang berbeza, dan makanan. Ia melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis).Hemolisis juga berlaku apabila mereka termakan kacang parang atau penggunaan ubat gegat pada pakaian.

Oksidan menyebabkan rantai globin bergumpalan, membentuk apa yang dikenali sebagai "Heinz body". Heinz body melekat kepada bahagian dalam membran sel darah merah, dan apabila sel-sel merah melalui limpa, makrofaj akan "menggigit" keluar Heinz body. Jadi, anda anda akan melihat sel-sel merah yang menunjukkan tanda-tanda gigitan (mereka sebenarnya dipanggil "sel gigitan"), seperti ini:



Makanan dan herba yang perlu dielakkan
Kacang parang (fava beans)
Ubat China
Chuen Lin
San Chi
13 herbs
12 herbs
Ubat tradisi lain (dapatkan nasihat doktor)
Bahan lain yang mesti dielakkan

Ubat gegat (moth balls)
Ubat nyamuk yang mengandungi pyrethium
Ubat yang mesti dielakkan

Acetanilide
Doxorubicin
Furazolidene
Methylene Blue
Nalidixic acid
Niridazole
Nitrofurantoin
Phenozopyridine
Primaquine
Sulfamethoxazole
Bactrim

Ubat yang boleh diberi dalam dos terapeutik
Paracetamol
Ascorbic acid
Aspirin
Chloramphenicol
Chloroquine
Colchicine
Diphenhydramine
Isoniazid
Phenacetin
Phenylbutazone
Phenytoin
Probenecid
Procainamide
Pyrimethamine
Quinidine
Streptomycin
Sulfisoxazole
Trimethoprim
Tripelennamine
Vitamin K
Mefloquine