Jumaat, 6 November 2015

Ujian Saringan Dadah Dalam Air Kencing

Ujian Saringan Dadah Dalam Air Kencing


 PELAKSANAAN KOD AMALAN PENCEGAHAN DAN PEMBASMIAN PENYALAHGUNAAN DADAH, ALKOHOL DAN BAHAN DI TEMPAT KERJA dan Ujian Saringan Dadah Dalam Air Kencing.



Kod Amalan ini bertujuan membantu majikan dan pekerja bagi memenuhi tanggungjawab di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994 untuk menangani masalah dadah, alkohol dan bahan di tempat kerja. Di bawah Seksyen 15 AKKP, majikan bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan semua pekerjanya. Seksyen 24(1) AKKP pula menjelaskan bahawa pekerja bertanggungjawab untuk memberi perhatian yang munasabah bagi keselamatan dan kesihatan dirinya dan orang lain yang mungkin terjejas oleh tindakannya di tempat kerja. Untuk itu, Bahagian Kesihatan Pekerjaan telah dipertanggungjawab bagi melaksanakan pemantauan pematuhan Koda Amalan Pencegahan dan Pembasmian Penyalahgunaan Dadah, Alkohol dan Bahan Di Tempat Kerja di peringkat negeri dengan cara melakukan Ujian Saringan Dadah Dalam Air Kencing. Majikan atau tempat kerja dipantau dipandu pada beberapa aspek, seperti mengadakan dasar, pembentukan Jawatankuasa Pencegahan dan pembasmian penyalahgunaan dadah, alkohol dan bahan di tempat kerja dan latihan pekerja dan pegawai-pegawai yang bertanggung jawab.

Antara jenis-jenis dadah dalam Ujian Saringan Dadah Dalam Air Kencing adalah :