UJIAN SARINGAN URIN KOKAIN (COCAINE) :
Berapa lama
kokain dapat dikesan dalam urin selepas pengambilannya?
Ia
dimetabolismakan terlalu cepat. Apabila air kencing sedang disaring untuk
kehadiran kokain, sebenarnya ia adalah menentukan kehadiran benzoylecgonine,
metabolit kokain yang utama.


Sebaik-baik sampel adalah diambil dalam jangkawaktu 24-jam,
tetapi ini adalah mustahil dalam kebanyakan persekitaran kerja. Persampelan
secara rawak air kencing adalah satu cara yang terbaik.
Bagi
kebanyakan kes, benzoylecgonine dibersihkan dari air kencing dalam masa tiga
hingga lima hari. Satu kajian menunjukkan bahawa pengguna dos tinggi (iaitu,
0.5 gram atau lebih bagi setiap episod penggunaan) boleh memberi kuputusan positif
selepas lapan hari. Satu lagi kajian mendakwa bahawa benzoylecgonine boleh
dikesan bagi pengguna kokain berat untuk 10-14 hari. Tempoh masa terlama di mana paras air kencing positif bagi benzoylecgonine
adalah 10-22 hari. Ini adalah selepas penggunaan kronik dos yang sangat tinggi
112 gram seminggu.