Ahad, 1 Mac 2015

PLATELET

Ujian hemostasis

Terdapat empat ujian utama yang digunakan bagi melihat keupayaan pesakit untuk membentuk tinadakan pembekuan darah. Ianya adalah ujian penggumpalan (PT / INR dan PTT) dan ujian platelet (bilangan platelet dan ujian fungsi platelet). Bagaimana membuat anggaran kiraan platelet di bawah mikroskop.

Kiraan platelet
Kiraan platelet secara manual boleh dilakukan menggunakan 'counting chamber'(seperti anda gunakan bagi RBC). Julat normal adalah diantara 150,000 - 300,000 per microliter.
Anggaran kasar jumlah platelet dilakukan dengan cara melihat 'blood smear': anda seharusnya melihat antara 7 dan 21 platelet setiap bidang kuasa tinggi (melihat 10 bidang dan mendapatkan purata, kemudian darabkan dengan 15,000 untuk mendapatkan anggaran yang terbaik).
Perkara penting yang perlu diingati. Apabila pesakit yang mengalami pendarahan secara berlebihan, anda sepatutnya perlu melihat samada pendarahan itu disebabkan oleh thrombocytopenia. Ingat, walaupu kiraan platelet yang diperolehi adalah SANGAT rendah (di bawah 20,000 atau lebih) sebelum pesakit mempunyai risiko pendarahan yang serius. Hanya kerana kiraan platelet agak berkurangan tidak akan cukup untuk menyebabkan pendarahan (sesuatu yang mudah lupa!).