Selasa, 26 Mac 2013

Ujian Elektrolit ISE.


SODIUM (Natrium)
Sodium  adalah bahan yang membolehkan badan berfungsi dengan  sempurna. Bentuk yang paling biasa ialah  natrium klorida, yang merupakan garam yang biasa digunakan dalam masakan.
Ia juga dikenali sebagai ujian kesimbangan elektrolit. Biasanya ujian dibuat bersama dengan Potassium dan Klorida sebagai satu pakej (ISE - Ion Selective Electrode). Selalu dipakejkan dalam ujian penyaringan fungsi buah pinggang (Renal Function Test).


Bagaimana Ujian Dijalankan
Satu sampel darah dari venipuncture.

Mengapa perlu menjalani ujian ini?
Ujian ini dilakukan untuk melihat keseimbangan elektrolit atau asas metabolic seseorang pesakit.
Paras natrium dalam darah anda menunjukkan keseimbangan antara natrium dan air dari makanan dan minuman yang anda ambil dan kandungannya dalam air kencing. Sebahagian kecil ion Natrium hilang melalui najis dan peluh.
Beberapa faktor yang boleh menjejaskan keseimbangan ini.:
• Baru mengalami kecederaan , pembedahan, atau penyakit yang serius
• Mengambil jumlah yang besar atau kecil garam atau cecair garam.
• Menerima cecair intravena (IV)
• Mengambil diuretik (pil air) atau ubat-ubatan lain yang tertentu, termasuk hormon aldosterone

Keputusan normal
Julat normal bagi tahap natrium dalam darah adalah 135-145 meq / L.
*Julat normal mungkin berbeza sedikit antara makmal berbeza

Apakah maksud keputusan yang tidak normal/abnormal?
Banyak faktor yang mempengaruhi ketidak normalan paras Natrium.
Kandungan tinggi daripada paras normal dipanggil hypernatremia. Ia mungkin disebabkan oleh:
• Sindrom Cushing
• Diabetes insipidus
• Hyperaldosteronism
• Peningkatan kehilangan bendalir akibat peluh berlebihan, cirit-birit, penggunaan diuretik, atau terbakar
• Terlalu banyak garam atau natrium bikarbonat dalam diet anda
• Penggunaan ubat-ubatan tertentu, termasuk pil perancang, kortikosteroid, julap, litium, dan NSAID seperti Ibuprofen atau Naproxen.

Kandungan natrium yang lebih rendah daripada normal dipanggil hyponatremia.
Ini mungkin disebabkan oleh:
• Penyakit Addison
• Dehidrasi, muntah, cirit-birit
• Peningkatan jumlah air dalam tubuh, akibat kegagalan jantung, penyakit buah pinggang tertentu, atau sirosis hati
• Ketonuria
• SIADH
• Terlalu banyak hormon vasopressin
• Penggunaan ubat-ubatan seperti diuretik (pil air), morfin, dan SSRI antidepresan


Faktor-faktor lain yang  boleh menjejaskan kandungan natrium dalam darah anda:
Acute adrenal crisis
Diabetic hyperglycemic hyperosmolar coma
Drug-induced hypothyroidism
• Sindrom Hepatorenal
• Hypopituitarism