Sel darah merah atau
eritrosit, Eritrosit berasal dari bahasa Yunani yakni Erythros (merah) dan
kytos (selubungi sel darah). Sel darah merah ( eritrosit ) berbentuk bulat
pipih dan cekung pada bagian tengahnya ( biconcave ).
Pic1 - RBC bentuk 3D
Eritrosit berwarna merah
karena mengandung hemoglobin. Sel darah merah ini dibentuk dalam sumsum tulang,
kemudianya beredar ke seluruh bagian tubuh yang melalui pembuluh darah.
Jangkahayat sel darah merah lebihkurang 120 hari. Sel darah merah yang telah
tua akan dimusnahkan pada organ hati dan limpa. Sebelum anda
benar-benar boleh mempelajari perubahan patologi dalam sel-sel merah, anda
perlu tahu bentuk morfologi normal sel darah merah. Berikut adalah imej smear sel
darah yang normal. Terdapat beberapa perkara yang perlu perhatikan di sini.
Pic1.1 Smear Normal RBC
Pertama, sel-sel tersebar samarata di lapangan. Ada
yang bersentuhan dan ada yang kelihatan sedikit bertindih, sel-sel tidak semua bertindihan
di atas satu sama lain.
Terdapat sedikit ruangan diantara sel-sel tersebut, tiada
ruangan/kawasan yang luas diantara sel-sel merah.
Ini menunjukkan fokus berada
dalam kawasan smear darah yang sesuai untuk dibuat penilaian. Fokus kawasan kajian
yang betul - "zon morfologi" - adalah terletak pada bahagian tengah
smear (diantara bahagian ekor dan kepala).
Dalam zon ini, sel-sel hampir tidak
menyentuh diantara satu sama lain, seperti yang dilihat dalam foto ini.
Pic2 : Smear Normal RB
Kedua, (rujuk Pic2) sel-sel kelihatan mempunyai
jumlah hemoglobin yang normal .
Lihat kawasan putih di tengah-tengah setiap sel
merah. Itulah "zon pucat pusat." Ia meliputi kira-kira 1/3 diameter keseluruhan
sel merah (sel-sel seperti ini dipanggil
normochromic).
Jika ia lebih besar, ini bermakna bahawa sel tidak mempunyai
hemoglobin yang mencukupi (sel seperti ini dipanggil hypochromic) dan dikenali
sebagai anemia.
Seterusnya, lihat bentuk sel-sel ini: semuanya
berbentuk bulat. Itulah apa morfologi sel yang normal. Secara keseluruhan,
tidak ada sejumlah besar sel-sel merah yang berbentuk (seperti bentuk runcing,
bentuk titisan air mata, atau yang berbentuk sabit).
Kepelbagaian bentuk seperti
ini dipanggil poikilocytosis (rujuk Pic3).
Darah
yang normal mempunyai poikilocytosis yang minimum (kebanyakan sel-sel darah
berbentuk sempurna dan bulat). Sesetengah kes anemia, seperti kes thalassemia
yang teruk, mempunyai poikilocytosis yang ketara (kebanyakan sel mempunyai
kepelbagaian bentuk).
Pic3 : Poikilocytosis
Pic3.1 : Lebih banyak variasi dan saiz sel darah (anisopoikilocytosis), Nilai RDW lebih tinggi.
Pic3.2 : Antara variasi sel darah
Pic3.2.1 : Basophilic stippling
Pic3.2.2 : Kes Thalassaemia dengan Basophillic stippling
Pic3.2.3 RBC dengan basophilic stippling/basophilia
(sel darah merah yang mengandungi satu titik kecil pada bahagian tepi dinding
sel). Ia adalah granul RNA atau gumpalan ribosom. Kadang-kadang terlihat pada
smear yang normal. Mudah dilihat pada pesakit yang mengalami “lead poisoning”.
Pic3.2.4
Pic3.2.5 Nucleated RBC - Nucleated red cells - Sel darah dengan
nukleus padat dan berwarna gelap di tengah-tengah sel. Dapat dilihat pada bayi
(3-4 hari) . Kronik haemolytic anemia. Megaloblastic anemia. Jangkitan
kongenital (syphilis, CMV, rubella). Postspleenectomy. Tindakbalas
Leukoerythroblastic. Jangkitan Fungal dan mycobacterial. Dyselectropoeitic
anemia
Sukar untuk mengukur secara visual saiz sel darah
merah. Di bawah mikroskop, agak sukar untuk menentukan sama ada saiz sel-sel darah
merah adalah bersaiz normal (normocytic), bersaiz kecil (microcytic) (Pic4),
atau bersaiz besar (macrocytic) (Pic4.1).
Anda perlu melihat nilai MCV (Mean
corpuscular volume), nilai ini menentukan sama ada sel-sel darah
mempunyai saiz yang normal atau tidak.
MCV normal adalah diantara 80 dan 100
femtoliters; sel darah merah dengan MCV kurang daripada 80 dianggap microcytic
(sel darah bersaiz kecil), dan sel-sel merah dengan MCV lebih 100 dianggap macrocytic
(sel darah bersaiz lebih besar). Ini adalah kriteria penting untuk menilai kes
anemia
Pic4 : Normal dan Microcytic sel
Pic5 : Normal dan Macrocytic sel.
Oleh itu, dengan pengamatan menggunakan mikroskop
adalah mungkin untuk mengetahui, berapa banyak sel-sel darah yang berbeza dari
segi saiz dan bentuk.
Anda boleh lihat, dengan mata kasar anda, sama ada
sel-sel darah mempunyai banyak saiz yang sama, atau sama ada terdapat pelbagai
saiz dari yang kecil kepada saiz yang besar.
Sel darah yang normal biasanya
bersifat anisocytosis yang minimum (purata sel-sel darah bersaiz sama),
beberapa kes anemia, seperti anemia kekurangan zat besi yang teruk, keadaan anisocytosis
adalah lebih ketara (terdapat banyak sel darah yang kecil dan yang besar).
Parameter CBC yang menunjukkan variasi dalam saiz sel adalah nilai RDW. Jika nilai RDW adalah rendah, ini bermakna keadaan anisocytosis adalah minimum, dan kebanyakan sel mempunyai saiz yang hampir sama. Jika
RDW adalah sangat tinggi, bermakna terdapat anisocytosis yang ketara, dimana sel-sel berbeza dari segi saiz. Ini adalah satu lagi nilai
yang boleh membantu anda apabila anda cuba untuk mendiagnosis kes anemia.
Pic5 Kes IDA yang teruk. Pelbagai saiz dan
morfologi sel dapat dilihat.
Akhir sekali, bagi satu smear darah yang normal,
sepatutnya anda tidak akan menjumpai “nucleated red
blood cells”, organisma berjangkit (seperti organisma malaria) dalam
sel-sel merah, “Pappenheimer bodies”, “Howell-Jolly” atau apa saja morfologi yang pelik.
Pic6 : Howell-Jolly bodies – Adalah partikel intracellular berbentuk bulat (kromatin
DNA yang padat). Biasanya terdapat hanya satu pada sel, tetapi kadang-kadang
boleh lebih dari satu. Tardapat pada kes Megaloblastic anaemia dan
Mylodysplastic
Pic6.1 : Howell-Jolly bodies
Pic6.2 : Pappenheimer body - Granul abnormal iron yang
terdapat dalam sel darah. Granul blue-purple yang padat. Terdapat pada individu yang mengalami sideroblastic
anemia, hemolytic anemia, dan penyakit sickle cell.
Pic6.3 : Pappenheimer body
Pic6.4 : Pappenheimer body