Khamis, 15 November 2012

TRIGLYCERIDES


Apakah Triglycerides?


Triglycerides adalah sebatian kimia yang dihadamkan oleh badan dan digunakan untuk membekalkkan tenaga bagi proses metabolisme. Trigliserida dalam bentuk biasa disebut sebagai lemak, dan adalah bahan utama dalam minyak sayuran dan lemak haiwan.

Molekul trigliserida terdiri dari satu bentuk kinia gliserol (tri = tiga molekul asid lemak + glyceride = gliserol) yang mengandungi tiga asid lemak. Untuk membolehkan ia diserap, bahagian ini dipecahkan di dalam usus kecil, dan bergabung kolesterol untuk membentuk chylomicrons. Ini adalah sumber tenaga untuk sel-sel dalam badan. Sel-sel lemak dan sel-sel hati digunakan sebagai tempat penyimpanan dan membebaskan chylomicrons apabila tubuh memerlukan tenaga.
 
Paras trigliserida yang tinggi adalah faktor risiko untuk atherosclerosis, (penyempitan salur arteri oleh pembentukan plak lemak) yang boleh membawa kepada serangan jantung, strok, dan penyakit arteri periferal. Tahap trigliserida yang tinggi juga boleh menyebabkan penyakit fatty liver dan pankreatitis.

Paras trigliserida yang tinggi dalam darah boleh dikaitkan dengan penyakit-penyakit :
kencing manis yang tidak terkawal,
penyakit buah pinggang,


Julat normal :
Normal: Less than 150 mg/dL
Julat Normal :
Borderline High: 150 - 199 mg/dL
Tinggi: 200 - 499 mg/dL
Sangat tinggi: 500 mg/dL keatas.