Ahad, 3 Februari 2013

Pituitary Hormone Test


Ujian Hormon Pituitari (part 2)


Tujuan ujian dilakukan
Ujian darah dilakukan adalah untuk mendiagnosis kegagalan fungsi pituitari secara umum. Kegagalan kelanjar  untuk berfungsi secara normal adalah disebabkan oleh penyakit hypothalamic, pembedahan, tumor pituitari, atau trauma (contohnya, sindrom Sheehan, kegagalan pituitari disebabkan oleh pendarahan ke dalam kelenjar selepas bersalin secara  obstetrik). 

Selain itu, satu atau lebih hormon dikaji  untuk menyiasat kegagalan fungsi organ sasaran. Sebagai contoh, LH, FSH, dan prolaktin biasanya diuji bersama-sama dengan estrogen (estradiol) dan progesteron untuk mengkaji  kegagalan fungsi ovari. 

Ujian ACTH dilakukan untuk melihat punca adrenocortical berlebihan atau kekurangan. 

TSH khusus digunakan untuk mendiagnosis tiroid berfungsi secara aktif atau terlebih aktif. 

Hormon pertumbuhan (Growth Hormone) digunakan untuk melihat kemerosotan pertumbuhan atau acromegaly. 

Ujian ADH digunakan untuk melihat keseimbangan dalam elektrolit (natrium dan kalium) yang akan menjadi tidak normal apabila sama ada terlalu banyak atau terlalu sedikit air diserap oleh buah pinggang. 

Oxytocin jarang diukur, tetapi boleh digunakan untuk mengenal pasti pengeluaran ektopik oleh sel-sel tumor (contohnya, karsinoma paru-paru) yang merembeskan hormone tersebut.