Sabtu, 20 Julai 2013

LEFT SHIFT



LEFT SHIFT 

 

Istilah " left shift " bermakna populasi beberapa sel-sel "beralih" ke arah prekursor belum matang (bermaksud bahawa terdapat lebih prekursor belum matang daripada yang biasa anda lihat). Jika anda lihat siri neutrophil, sebagai contoh. Dalam darah normal, hampir kesemua neutrofil adalah matang (bersegmen). Dalam " left shift ", anda dapat lihat neutrofil yang matang tetapi juga neutrofil yang tidak matang (band, metamyelocytes, myelocytes, dll). Lihat gambar " left shift ", di atas: kebanyakan sel-sel tidak matang.

Rajah : Diagram "Left Shift"


Istilah " left shift " adalah merujuk kepada siri neutrophil. Ianya mula digunakan dahulu apabila pengiraan sel-sel dilakukan secara manual. Kedudukan sel-sel yang paling matang (neutrophil bersegmen) diletakkan untuk butang yang paling kanan, sel-sel kurang matang (myeloblasts) telah diletakkan kepada butang yang paling kiri, dan peringkat sel-sel yang lain terletak diantaranya. Dalam PBF darah yang normal, hampir semua neutrofil terletak di bawah butang paling kanan dalam pengiraan, tetapi kadang-kadang terdapat juga precursor yang awal (contohnya, myelocytes, metamyelocytes, atau promyelocytes). Dalam keadaan ini, sel-sel telah "shifted" ke arah kiri.
Bagi kebanyakan kes, apabila terdapat situasi " left shift ", selalunya pesakit mempunyai jangkitan bakteria. Kadang-kadang " left shift "  juga berlaku apabila terdapat keradangan atau nekrosis.
Berhati-hati, jika anda melihat “nucleated RBC” bersama keadaan " left shift ". Ini dipanggil tindak balas leukoerythroblastotic, ia mungkin menunjukkan masalah yang lebih serius. Kadang-kadang, satu tindak balas leukoerythroblastotic adalah psikologic. Jika hemoglobin adalah sangat rendah (untuk apa jua sebab - kekurangan zat besi yang teruk, kehilangan darah secara besar-besaran), sum-sum tulang akan cuba sedaya upaya untuk menghasilkan sel-sel merah baru dan menghantar mereka keluar ke dalam salur darah secepat mungkin. Keperluan mendesak ini kadang-kadang menyebabkan beberapa prekursor sel darah merah (nucleated RBC) terlepas dari sum-sum tulang. Dan ia juga mula membiarkan prekursor neutrophil (metamyelocytes, myelocytes, promyelocytes) dikeluarkan. Ini adalah tindak balas yang normal kepada kes  anemia yang teruk.
Tindak balas leukoerythroblastotic juga berlaku jika sumsum penuh dengan sesuatu selain tisu hematopoietik - sebagai contoh, carcinoma, atau leukemia - maka sel-sel hematopoietik tidak akan mempunyai ruang yang cukup untuk matang secara sempurna. Sel-sel ini akan keluar meninggalkan sum-sum sebelum mereka matang, dan anda akan melihat kedua-dua sel “nucleated RBC” dan prekursor neutrophil dalam darah. Ini bukanlah sesuatu yang baik..

Figure 1: Haematopoiesis cell development pathways.


Salah satu cara untuk menentukan sama ada tindak balas leukoerythroblastotic  membimbangkan adalah dengan melihat hemoglobin. Jika kandunga hemoglobin adalah sangat rendah (katakan, di bawah 6), maka tindak balas leukoerythroblastotic mungkin adalah secara fisiologi. Walau bagaimanapun, jika hemoglobin adalah normal, atau hanya sedikit menurun, maka tidak ada sebab untuk pesakit untuk mempunyai reaksi leukoerythroblastotic, dan anda perlu lebih memahami apakah penyebabnya