Satu sampel tiba di makmal anda. Ia ambil oleh staf yang
berkelayakan , semestinya ia mempunyai kualiti yang baik, bukan? Tetapi
beberapa faktor perlu diambil kira. Selain memastikan prestasi dan keupayaan instrumen untuk menjalankan
analisis, MLT juga perlu melihat kepada
faktor spesimen yang perlu dikompromi.
Malangnya , integriti sampel boleh dipertikai dalam beberapa
cara yang tidak begitu jelas . Ini termasuk sampel diambil pada suhu yang tidak
betul , dimana ianya tidak sesuai untuk ujian yang diperlukan, atau sampel
" tercemar " dengan sesuatu yang boleh mengganggu ujian tertentu.
Walaupun ianya jarang dibincangkan, dua daripada jenis pencemaran yang lebih
biasa ditemui ialah pencemaran melibatkan ethylenediaminetetraacetic acid
(EDTA) dan pencemaran cecair intravena (IV).
EDTA
EDTA adalah antikoagulan yang biasa digunakan dalam ujian
makmal. EDTA digunakan untuk ujian-ujian yang khusus ke atas sampel tersebut. EDTA
selalunya digunakan sebagai antikoagulan pilihan untuk ujian hematologi. Ia ditambahkankan
ke dalam tiub sampel semasa proses pengambilan darah. Pencemaran boleh berlaku
jika darah tidak dipindah menurut susunan tiub yang betul (tiub dengan tambahan
antikoagulan disediakan sebelum tiub serum ), jika sampel dengan antikoagulan
tertuang ke dalam jenis tiub yang berbeza, atau jika jarum digunakan untuk
memindahkan sampel antara jenis tiub yang berbeza ianya akan tercemar dengan
antikoagulan tersebut. Tiada petunjuk visual
bahawa sampel yang dibawa ke makmal telah terkontaminasi dengan EDTA, yang
boleh menjejaskan keputusan makmal. Ini bermakna bahawa MLT mestilah pandai
atau berpengalaman dalam mentafsir petunjuk yang menunjukkan kemungkinan pencemaran
EDTA berlaku.
Kehadiran EDTA boleh menjejaskan beberapa analisa kimia ,
menyebabkan sama ada bacaan meningkat atau menurun. Kalium boleh meningkat
dengan kehadiran EDTA , kerana komposisi ion kalium pada struktur fomula EDTA
(K2 atau K3EDTA ). EDTA bertindak sebagai satu antikoagulan yang mengikat ion
kalsium, oleh itu ia akan menjejaskan paras kalsium jika sampel tercemar. Ion
lain juga terikat bersama EDTA , termasuk magnesium , zink dan besi , oleh itu
penurunan bacaan terhadap ujian melibatkan unsur-unsur ion ini dapat
diperhatikan. EDTA juga boleh mengurangkan aktiviti enzim seperti alkaline phosphatase
alkali atau creatine kinase , disebabkan ikatan terbentuk daripada
kofaktor yang diperlukan.
Mengalpasti Pencemaran Sampel.
Cara yang paling biasa untuk mengenal pasti pencemaran
sampel adalah dengan mengenali corak analisa / keputusan ujian normal yang dapat
menunjukkan kehadirannya. Analisa Kalium dan Kalsium banyak diuji dalam ujian
rutin. Oleh itu, kedua-dua keputusan sering terdapat di dalam spesimen yang
sama. Satu corak hyperkalemia dengan hypocalcemia yang melampau harus
mencetuskan persoalan berkaitan pencemaran EDTA. Di samping itu, kehadiran
hypomagenesemia , hypozincemia dan penurunan aktiviti alkaline phosphatase juga
boleh menguatkan syak wasangka ini. Walaupun ini adalah sebahagian daripada
analisa kimia yang terjejas oleh pencemaran EDTA, beberapa keputusan ujian lain
juga boleh dipengaruhi oleh kehadiran EDTA.
Andaian kesan pencemaran EDTA hanya dibuat jika keputusan
yang tidak normal diperolehi, sebaliknya sukar untuk mengenal pasti kesan pencemaran
jika keputusan ujian yang diperolehi adalah dalam julat yang normal. Sebagai
contoh , peningkatan kalium akibat pencemaran K2EDTA dalam pesakit hypokalemic yang
meningkatkan paras kalium mereka kepada normal. Pada kes ini, perhatian yang
klinikal yang berkaitan dengan analytes lain, seperti kalsium dan magnesium ,
boleh memberikan penunjuk kehadiran EDTA.
Kontaminasi oleh cecair IV (IV fluid)
Satu lagi sumber pencemaran sampel darah makmal adalah
kehadiran cecair IV. Ini boleh berlaku apabila sampel diambil dari “IV line”garis
tanpa membuang darah pada aliran yang awal, atau mengambil dari venipuncture
langsung di bahagian atas tapak IV.
Analisa kimia tertentu dalam darah boleh
terjejas dengan kandungan cecair IV. Sebagai contoh , klorida, kalium dan
glukosa yang terkandung dalam cecair IV akan meningkatkan kandungannya dalam
analisa darah. Jika sampel yang telah dicairkan dengan jumlah yang agak besar dengan
cecair IV, banyak perubahan secara keseluruhan dalam keputusan analisa kimia
mungkin berlaku. Kebanyakan nilai analisa akan menurun pada masa yang sama ,
termasuk elektrolit dan kepekatan protein.
Bahan-bahan Cemar lain.
EDTA dan cecair IV adalah hanya dua contoh bahan cemar yang
boleh memberi kesan kepada keputusan makmal . Contoh lain termasuk antikoagulan
tambahan, seperti citrat atau heparin, yang boleh mengganggu ujian makmal
tertentu.
Selain mengenalpasti corak umum analisa kimia dalam sampel
yang terjejas , langkah-langkah lain yang boleh digunakan untuk membantu
mengenal pasti kemungkinan sampel tercemar, seperti “delta check”, peraturan
middleware, atau perbandingan dengan ujian tambahan dijalankan serentak pada
spesimen tambahan. Meskipun tiada tanda-tanda sampel tercemar di makmal, MLT perlu
sentiasa berwaspada dengan corak analisa yang ekstrem yang mungkin akibat
pencemaran sampel. Ini membantu memastikan bahawa semua sampel mempunyai
kualiti yang tinggi dan hanya keputusan yang tepat yang dilaporkan.