Ahad, 26 Ogos 2012

Jenis Darah Dapat Membantu Mengenal Pasti Risiko Sakit Jantung


Dari data yang diperolehi (ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/22895671/), individu dengan kumpulan darah AB mempunyai 23% lebih risiko mengalami penyakit jantung berbanding dengan mereka yang mempunyai jenis O.
Oleh CHRISTINE S. Moyer, Posted 24 OGOS, 2012.

Kajian menunjukkan, pengetahuan mengenai kumpulan dan risiko kesihatan yang dikaitkan dengannya boleh membantu mencegah penyakit kardiovaskular.
Individu dengan darah jenis AB (7% daripada penduduk Amerika Syarikat) mempunyai peningkatan risiko 23% penyakit jantung koronari berbanding dengan individu yang mempunyai jenis darah O, (study published online Aug. 14 in Arteriosclerosis, Thrombosis and Vascular Biology).

Penyelidik tidak mengkaji proses biologi di sebalik penentuan kumpulan darah dan risiko sakit jantung. Tetapi mereka berkata kumpulan darah AB dikaitkan dengan keradangan, yang mungkin menjejaskan fungsi saluran darah. Kumpulan darah A dikaitkan dengan paras LDL Kolesterol (bad cholesterol) yang lebih tinggi.

"Penemuan ini dapat membantu doktor lebih memahami individu yang lebih berisiko untuk mengalami penyakit jantung," Senior Author Lu Qi, MD, PhD, assistant professor in the Dept. of Nutrition at Harvard School of Public Health in Boston.
Jenis kumpulan darah juga boleh digunakan untuk membantu menyesuaikan langkah-langkah pencegahan untuk penyakit kardiovaskular, Dr Qi berkata. Sebagai contoh, individu dengan kumpulan darah A, perlu mengurangkan pengambilan kolesterol sebagai cara terbaik untuk mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
Penyakit kardiovaskular adalah punca utama kematian di kalangan lelaki dan wanita di Amerika Syarikat, dan penyakit jantung koronari adalah kes yang paling biasa. Pada tahun 2008, terdapat 405.309 kematian akibat penyakit jantung koronari, menurut Centers for Disease Control and Prevention.

Penyelidik megkaji jenis darah dan maklumat perubatan pada 62,073 wanita yang mengambil bahagian dalam Nurses’ Health Study dan 27,428 lelaki dari Health Professionals Follow-up Study. Peserta berusia antara 30 dan 75 tahun dan telah dikaji selama sekurang-kurangnya 20 tahun. Penyelidik mengecualikan individu yang mempunyai penyakit kanser, penyakit jantung koronari atau strok.

Empat puluh tiga peratus individu yang dikaji dalam kumpulan arteriosklerosis, Thrombosis dan kajian Biologi Vaskular mempunyai kumpulan darah O. Kekerapan jenis darah A, B, dan AB di kalangan wanita adalah 36%, 13.3% dan 8%. Dalam kumpulan lelaki pula, 37.2% adalah kumpulan darah A, 12.3% kumpulan darah B dan 8% kumpulan darah AB (ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/22895671 /).
Dari kajian susulan, mengesahkan penyakit jantung koronari telah dialami oleh 2,055 wanita dan 2,015 lelaki. Peserta dengan jenis darah B mempunyai 11% peningkatan risiko mengalami penyakit jantung, dan orang-orang dengan jenis A mempunyai risiko 5% lebih besar daripada orang yang dengan darah jenis O.

Kerana kebanyakan peserta kajian adalah berkulit putih, penyelidikan lanjutan perlu untuk menentukan sama ada kumpulan etnik yang berbeza mempengaruhi hasil kajian.
"Tetapi kita tidak boleh menolak kemungkinan bahawa perbezaan itu juga wujud dalam populasi lain," kata Dr Qi berkata.

Copyright 2012 American Medical Association. All rights reserved.