Khamis, 23 Ogos 2012

KALSIUM - ujian darah


Kalsium – ujian darah
Sel di dalam badan memerlukan kalsium untuk berfungsi. Kalsium membantu dalam membina tulang dan gigi yang kuat. Ianya juga penting untuk membantu fungsi jantung dan pengecutan otot, penghantaran isyarat dari saraf dan fungsi bembekuan darah.

Persediaan sebelum menjalankan ujian Kalsium
Pesakit haruslah berhenti dari mengambil ubat / dadah yang boleh memberi kesan kepada kandungan Kalsium dalam darah.
Antara jenis dadah yang boleh meningkatkan paras Kalsium dalam darah termasuk :
  • Garam kalsium (mungkin terdapat dalam pemakanan tambahan atau antacids)
  • Lithium
  • Thiazide diuretics
  • Thyroxine
  • Vitamin D
Minum terlalu banyak susu atau mengambil terlalu banyak vitamin D sebagai makanan tambahan juga boleh meningkatkan paras kalsium dalam darah.
Mengapa ujian ini dijalankan
Ujian dijalankan oleh doktor apabila terdapat tanda-tanda / simptom :
  • Penyakit tulang
  • Tanda-tanda kanser. Seperti multiple myeloma, kanser payudara, kerongkong, leher dan buah pinggang, dan terutamanya dalam masa rawatan kanser
  • Penyakit buah pinggang kronik.
  • Masalah pada kelenjar parathyroid.
  • Penyakit hati yang kronik.
  • Masalah berkaitan penyerapan nutrien dalam usus.
  • Kelenjar thyroid yang “overaktif” atau pengambilan ubat berlebihan untuk hormon thyroid.
Doktor juga akan melakukan ujian Kalsium bagi pesakit yang telah lama terlantar di katil.
Hampir separuh dari kalsium dalam badan bergabung dengan protein. Ujian yang berbeza digunakan untuk mengkaji paras kalsium yang tidak terikat dengan molekul protein (free calcium / deionized calcium).
Julat Normal
Julat Normal dari 8.5 sehingga 10.2 mg/dL.
Julat normal berbeza sedikit diantara makmal yang berbeza.


Keputusan Kalsium yang abnormal.
Paras kalsium yang tinggi dari nilai normal mungkin adalah disebabkan masalah kesihatan . Antara penyebabnya adalah :
  • Terlantar untuk jangkamasa yang lama.
  • Mengambil sumber kalsium atau vitamin D yang terlalu banyak.
  • HIV/AIDS
  • Hyperparathyroidism
  • Jangkitan yang menyebabkan granulomas seperti tuberculosis dan fungus dan jangkitan-jangkitan mycobacaterial.
  • Metastatic bone tumor
  • Multiple myeloma
  • Reaksi berlebihan kelenjar thyroid (hyperthyroidism) atau pengambilan berlebihan ubat untuk menggantikan fungsi thyroid.
  • Paget's disease
  • Sarcoidosis
  • Masalah kanser yang menghasilkan bahan yang menyerupau hormon parathyroid.
  • Penggunaan ubat tertentu seperti  lithium, tamoxifen, dan thiazides
Rendah dari bacaan normal mungkin disebabkan:
  • Hypoparathyroidism
  • Kegagalan fungsi buah pinggang.
  • Penyakit hati
  • Kekurangan zat Magnesium
  • Masalah penyerapan bahan nutrien dalam sistem usus.
  • Osteomalacia
  • Pancreatitis
  • Kekurangan Vitamin D
Risiko
  • Pendarah teruk / tanpa henti
  • Pitam
  • Hematoma (pengumpulan darah merah di bawah lapisan kulit)
  • Jangkitan (risiko bila ada rekahan pada kulit)
  • Sukar untuk proses pengambilan darah
Nama Alternative
Ca+2; Serum calcium; Ca++