Isnin, 14 Julai 2014

Haematology Analyser : 5-parameter atau 3-parameter: Apa bezanya?

The Lab Guy: 5-parameter atau 3-parameter: Apa bezanya?
Terdapat 2 jenis mesin penganalisa Haematologi yang kerap di gunakan samada di makmal perubatan atau di klinik-klinik kesihatan. Antara pengeluar utama produk ini ialah Sysmex GmbH, Abbott Diagnostics, Mindray, Horiba Medical, Nihon Kohden, Beckman Coulter International  dan lain-lain. 

Syarikat Pengeluar telah mencadangkan mesin penganalisa 3-parameter adalah mencukupi untuk menganalisa di POC (point of care) kerana kos yang rendah dan mudah dikendalikan. Tetapi para doktor lebih berminat menggunakan mesin penganalisa 5-parameter kerana fungsi menganalisa yang lebih tepat.


                                                               







Sejarah
"5-part" merujuk kepada lima jenis sel-sel darah putih yang dapat dilaporkan dalam CBC. Sel-sel darah putih berfungsi melawan segala jenis jangkitan. Sebelum adanya mesin penganalisa “haemato”, semua pengiraan jenis sel dilakukan secara manual menggunakan mikroskop, MLT  akan mengira 100 sel-sel darah putih dan membezakannya kepada 5 jenis sel yang berbeza : neutrofil, limfosit, monosit , eosinofil dan basophils . Setiap satu dikira dalam bentuk peratusan.
Kaedah manual ini masih dilakukan untuk mengesahkan keputusan yang tidak normal dari mesin automatik. Ia mengambil masa lebih kurang 10 minit atau lebih berbanding dengan mesin auto yang dapat memberikan keputusan kira-kira 1 minit. Kaedah ini dapat mengurangkan kos dan masa untuk mendapatkan sesuatu keputusan ujian darah.



Biologi
Dalam ujian darah yang normal ,kira-kira 60% (atau kurang dari dua per tiga) sel-sel darah putih adalah neutrofil . Limfosit membentuk lebih kurang 30% (atau kurang daripada satu pertiga) . Selebihnya adalah sel-sel darah putih yang membentuk (monosit , eosinofil dan basophils). Jumlah keseluruhan ,adalah 100%.
Peratusan setiap sel menunjukkan gejala atau penyakit. Sebagai contoh, fungsi neutrofil adalah melawan jangkitan bakteria. Julat normal adalah 50 - 70 %. Peningkatan (85%) adalah menunjukkan jangkitan bakteria. Bagi limfosit pula, ia fungsi melawan jangkitan virus . Kehadiran peratusan limfosit yang tinggi bermakna jangkitan selsema atau jangkitan virus lain.

Jadi bagaimana pentingnya maklumat ini kepada pengamal perubatan? Andaikan pesakit datang dengan keadaan demam. Kemungkinan jangkitan disebabkan oleh bakteria( % neutrofil lebih tinggi), di mana pesakit perlu diberikan antibiotik. Atau ia boleh menjad jangkitani virus ( % limfosit yang lebih tinggi ), di mana ubat tertentu diberikan dan diberikan rehat yang mencukupi. Ia keadah yang amat mudah, dalam menentukan bentuk rawatan yang diperlukan. Peratusan monosit dan basophil pula digunakan untuk diagnosis yang lebih khusus. Peratus eosinofil yang tinggi menunjukkan tindakbalas alahan atau jangkitan parasit.


5 bahagianatau 3 bahagian ?
Seperti yang anda ketahui ,sel-sel yang penting untuk dikira adalah neutrofil dan limfosit. Analisa “3- part “ memberikan jumlah neutrofil ,limfosit dan monosit . Bagi mesin peganalis “5-part” kos akan meningkat dua hingga tiga kali lebih daripada kos penganalisa “3-part”. Kos bagi setiap ujian pula menjadi dua kali ganda bagi penganalisa “5-part”. Oleh itu di klinik/pusat kesihatan yang kecil, memadai dengan penggunaan penganalisa “3-part”  yang dapat manfaat dari segi kos yang lebih rendah.
Apakah keperluan mengadakan penganalisia ”5-part” ?

Ini diperlukan bagi Hospital kecil, jabatan yang khusus seperti klinik alergi, atau mana-mana tempat dimana doktor memerlukan analisa untuk eosinofil dan basophils dimana kajian lanjutan dan pemeriksaan yang lebih teliti diperlukan.



**Artikel sumbangan Amim Rahmat MLT.